Contoh Kertas Kerja Minggu Pemurniaan Disiplin

Wednesday, June 10, 2009

Oleh : Abbas Bin Ismail (KISAS)


KERTAS KERJA DASAR

MINGGU PEMURNIAN DISIPLIN

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH



CADANGAN KERTAS KERJA DASAR
MINGGU PEMURNIAN DISIPLIN
LEMBAGA KETUA PELAJAR
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

1.0 PENDAHULUAN
Menjadi satu lumrah bagi pelajar-pelajar sekolah elit untuk menjadi pelajar yang berdisplin, menepati masa dan sentiasa serius dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Namun sejak kebelakangan ini peraturan displin sentiasa diabaikan oleh pelajar-pelajar kolej dan mereka tidak menganggap displin sebagai faktor kejayaan. Dengan menyedari hakikat ini, Lembaga Ketua Pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah ingin mengadakan sebuah program yang diberi nama ‘Minggu Pemurnian Disiplin 2007’ (MPD07) untuk melatih pelajar agar tidak melanggar disiplin seawal tahun ini. Semoga dengan program ini maka tercetuslah penggerak dalam diri pelajar agar menjadi seorang pelajar yang berdisplin, bersemangat dan berketerampilan sesuai dengan tuntutan sebagai seorang muslim dan muslimah yan cemerlang.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Menyedarkan pelajar tentang kepentingan disiplin dalam kehidupan sebagai seorang pelajar muslim.
2.2 Memberi maklumat yang jelas tentang peraturan displin di kolej.
2.3 Menyeru pelajar agar menunaikan fardhu solat pada awal waktu.
2.4 Melatih pelajar agar dapat mengamalkan kehidupan seharian dengan sifar salah laku disiplin.
2.5 Melatih barisan ketua pelajar membiasakan diri dengan tugasan-tugasan yang telah diberikan.
2.6 Merapatkan ukhuwwah antara barisan ketua pelajar dengan para pelajar lain.

3.0 TEMA
Tema MPD07 ialah “DISIPLIN TERAS KEJAYAAN UMMAH”.

4.0 TARIKH
5 hingga 9 Februari 2007

5.0 TEMPOH
5 hari 4 malam ( Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat)

6.0 TEMPAT
Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor.


7.0 ANJURAN
Lembaga Ketua Pelajar (LKP) 2006/07, Kolej Islam Sultan Alam Shah dengan kerjasama Badan Dakwah dan Rohani 2006/07

8.0 SASARAN
Semua pelajar KISAS

9.0 AJK PELAKSANA PROGRAM
Rujuk lampiran 1

10.0 TENTATIF YANG DICADANGKAN
Rujuk lampiran 2

11.0 CADANGAN PENCERAMAH
Rujuk lampiran 3

12.0 PENUTUP
Semoga perlaksanaan usaha murni ini mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT. Harapan kami semoga program ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur seterusnya berjaya mencapai objektif. Komitmen dari semua pihak amat diharapkan sepanjang program ini di samping mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T. Insya Allah. Sekian, terima kasih.




Yang menjalankan tugas, Disemak oleh,



………………… ……………………………………
(AMIR SYAHID BIN EZANI) (MOHD FAUZAN BIN ABDULLAH)
Setiausaha, Pengarah,
Minggu Pemurnian Disiplin 2007, Minggu Pemurnian Disiplin 2007,
Lembaga Ketua Pelajar, Lembaga Ketua Pelajar,
Kolej Islam Sultan Alam Shah. Kolej Islam Sultan Alam Shah.



Disokong oleh, Disokong oleh,



…………………………………….. …………………………………….
(EN MOHD KHIR BIN SAJIDIN) (TN HJ ABDULLAH B HASSAN)
Guru Penasihat, Guru Penolong Kanan HEM,
Lembaga Ketua Pelajar, Kolej Islam Sultan Alam Shah,
Kolej Islam Sultan Alam Shah. Klang, Selangor.



Diluluskan oleh,



………………………………………
(TN HJ ABDULLAH BIN MD DIN)
Pengetua,
Kolej Islam Sultan Alam Shah,
Klang, Selangor.





Lampiran 1

CADANGAN AJK PELAKSANA
MINGGU PEMURNIAN DISIPLIN 2007 (MPD07)
BADAN DAKWAH DAN ROHANI
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

Penaung : Tn Hj Abdullah bin Md Din
Pn Hjh Haznah binti Hamzah
Tn Hj Abdullah bin Hassan
Pn Hjh Norlida binti Zainol
Ketua Guru Penasihat : Pn Hjh Normah binti Mohd Arif
Tn Hj Nawi bin Mamat

Pengarah : Mohd Fauzan bin Abdullah
Tim Pengarah 1 : Wan Ahmad Hafizi bin Wan Ahmad Junaidi
Tim Pengarah 2 : Dhamirah binti Zulkarnain
Setiausaha : Amir Syahid bin Ezani
Bendahari : Mohd Naufal bin Mohd Tarmizi

AJK


Biro Penerbitan dan Publisiti
1. Anas bin Ahmad Faris (K)
2. Izyani Hanisah bt Mohd Rosli (TK)

Biro kerohanian
1. Abdul Muaz bin Abdullah (K)
2. Nur Syuhada’ bt Borhan (TK)
3. AJK Komiti Makanan KISAS







Lampiran 2

CADANGAN TENTATIF
MINGGU PEMURNIAN DISIPLIN
LEMBAGA KETUA PELAJAR
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

Kebanyakan aktiviti yang ditulis dalam tentatif adalah aktiviti seharian pelajar di KISAS. Aktiviti seharian ini dipantau oleh AJK terlibat sebagai salah satu daripada aktiviti program.

Hari isnin, 5 feb 2007

7.30 pagi : Taklimat perjalanan program
7.45 pagi : Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua

3.45 petang : Prep petang
5.00 petang : Pulang ke asrama
5.10 petang : Solat asar berjamaah
Bacaan ma’thurat dan tazkirah
5.45 petang : Riadah






4.00 pagi : Bangun pagi
Qiamulail
5.45 pagi : Solat Subuh
Mathurat
7.00 pagi : Syabab Cergas
7.45 pagi : Sarapan
Persiapan diri
8.30 pagi : Ceramah Dasar
10.00 pagi : Minum pagi
10.15 pagi : Ceramah Pengurusan Badan Dakwah.
11.15 pagi : Rehat
11.30 pagi : LDK Pengurusan Badan Dakwah.
12.30 tengah hari : Makan tengah hari
Solat
Rehat
2.15 petang : Ceramah Methodologi Dakwah.
3.45 petang : Rehat
4.00 petang : LDK Methodologi Dakwah.
5.00 petang : Solat
Minum petang
Riadhah
Persiapan diri
7.00 malam : Solat Maghrib
Kuliah Maghrib
Solat Isyak
9.00 malam : Malam Kesenian ILC07 & High Table sempena sambutan
’BADAR 40 TAHUN’
11.30 malam : Liqa Al-Mulk
Persiapan tidur


Hari Isnin , 12 Mac 2007

5.00 pagi : Bangun
Persiapan diri
5.45 pagi : Solat Subuh
Mathurat
Kuliah Subuh
7.15 pagi : Sarapan
Persiapan diri
8.00 pagi : Ceramah Pemantapan Usrah.
9.30 pagi : Rehat
9.45 pagi : Muzakarah, muhassabah dan sesi soal jawab
11.15 pagi : Minum pagi
11.30 pagi : Resolusi dan konklusi
Majlis Wida’
12.45 tengah hari : Majlis bersurai
Makan tengah hari
Peserta berkemas dan bergerak pulang






Lampiran 3

CADANGAN ANGGARAN BELANJAWAN
MINGGU PEMURNIAN DISIPLIN 2007
LEMBAGA KETUA PELAJAR
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH


Bil Perkara Anggaran Jumlah
1 Jemputan
Penceramah
1. Kuliah selepas solat
2. Ceramah
Cenderahati Perasmi

JUMLAH

RM 50.00
RM 50.00
RM 25.00 x 2 org


RM 50.00
RM 50.00
RM 50.00

RM 150.00
2 Makanan
Jamuan penceramah
Jamuan perasmi

JUMLAH
RM 10.00 x 2 kali
RM 10.00 x 2 kali


3 Hadiah peserta
Anugerah Jalan Pantas
Anugerah tepati masa
Anugerah KP terbaik


JUMLAH BESAR

0 comments:

Post a Comment

About This Blog


Assalamualaikum wbt. Salam ukhuwah kepada semua Pemimpin SBP. Untuk makluman semua, blog ini masih berada dalam pembikinan. Segala kesulitan dan kelemahan harap dimaafkan. Blog ini membuka kepada semua ahli untuk menghantar post dalam blog ini. Sebarang post boleh dihantar ke Koordonator II MGPSBP, al-Akh Hijjaz (hijaz_starian@yahoo.com) atau kepada Presiden MGPSBP, al-Akh Abbas (abbas_ki54@yahoo.com). Selain itu, kami memohon semua ahli untuk menghantar butir berikut kepada kami (SU atau Presiden)melaui e-Mail:

1) Gambar passport (jika ada)
2) Nama Penuh
3) No IC
4) Sekolah
5) Jawatan
6) e-Mail
7) Blog
8) Yahoo Messenger
9) No Tel

Segala maklumat di atas akan dikemaskini dalam blog mgpsbp. Diharapkan kerjasama semua ahli.

Tambahan maklumat, Post dalam blog ini akan di bahagikan kepada yang berikut :

1) Tazkirah Buat Pemimpin (Berkaitan agama)
2) Dari Pemimpin Kepada Pelajar (Harapan kepada pelajar)
3) Sifar Salahlaku (Berkaitan masalah disiplin dan jalan penyelesaiannya)
4) Isu Semasa (Berkaitan isu di sekolah)
5) Strategi (Berkaitan program yang dijalankan cth: Kertas Kerja Minggu Pemurnian Disiplin)
6) Q & A (Segala macam soalan-BEBAS)
7) Pengumuman

Diharapkan semua ahli dapat membantu dalam menjayakan blog ini.

Wassalamua'alaikum wbt.

Al-Faqir ila Allah,
Abbas Bin Ismail
KISAS

  © Blogger template Foam by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP